Menyedari bahawa kesedihan yang berpanjangan itu tidak ada gunanya.
Sebenarnya Allah SWT dan Rasul-Nya melarang kita dari bersedih terus menerus baik dikeranakan musibah yang menimpa, mahupun perkara itu ada hubungannya dengan agama, sebagaimana firman ALLAH SWT:
“janganlah kamu bersiakp lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi(darjatnya).” (Al-Imran: 139)
“dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka.” (An-Nahl: 127)
“pada waktu dia (Muhammad) berkata temannya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” (At-Taubah: 40)
“maka janganlah kamu berseduh hati atas perkartaan mereka” (Yasin: 76)
Imam Malik berkata: Seberapa benyak engkau sedihkan dari dunia, maka sebanyak itu pula kesedihan untuk akhirat akan hilang dari hatimu.
Oleh kerana itu, bagi orang yang berakal ia akan berusaha menyingkirkan rasa kesedihan yang keterlaluan dalam hatinya, kerana ia menyedari, bahawa pada suatu ketika nanti perasaan kegembiraan pasti akan datang dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment