TIKET KEMATIAN
MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah
SYARAT-SYARAT PERJALANAN
Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot)yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.
BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN
5 meter kain kafan putih
Kapas Putih yang secukupnya
Muatan lain yang di pertimbangkan :-
Amal soleh
Sedekah jariah
Anak soleh yanG MENDOAKAN IBU BAPANYA
No comments:
Post a Comment